Salam Eid Al-Mubarak ^_^

Sahabat ...

Ramadhan kan berlalu

Kemenangan kan menunggu...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian BUDI

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan JIWA

Dalam kesempitan hidup ada keluasan ILMU

Dalam kekotoran nafsu ada kesucian TAQWA

Hidup ini INDAH jika segalanya kerana ALLAH dan bersama ALLAH

Jagalah keINDAHan ini agar tidak turut berlalu


Sahabat....

Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,

Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,

Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.

Jika HATI telah SUCI, jangan dikotori dengan DOSA

Jika HATI telah BERTAQWA, jangan biarkan dia DURHAKA


Sungguh LUCU dan BODOH…

Telah sebulan mensucikan BAJU TAQWA..

Tapi kemudian mengotorinya dengan SENGAJA...

Hanya Kerana Bulan Ramadhan telah TIADA

Apakah kita HAMBA Ramadhan ?

Atau apakah kita HAMBA Tuhannya Ramadhan ?

Ramadhan t’lah BERLALU

Tetapi Allah akan ADA SELALU

Ingatlah ...!!!


Bila hari ini SAMA dengan kemarin, dialah orang yang MERUGI

Bila hari ini LEBIH BURUK daripada kemarin, dialah orang yang TERLAKNAT

Bila hari ini LEBIH BAIK daripada kemarin, dialah orang yang BERUNTUNG


Sahabat …

Andai jemari tak sempat berjabat.

Jika tak bisa bersua muka....

Bila Ada kata dan tulisan membekas luka.

Di hari yang Fitri ini...

Maafkanlah khilaf dan alpa

Semoga pintu maaf selalu terbuka


SELAMAT HARI RAYA “IDUL FITRI” 1431 H

“Taqabbalallaahu minnaa wa minkum”


Semoga Allah subhanahu w ata’ala menerima (ibadah Ramadhan) kita semua.

TinG toNg~ Mode: Mau baLik kaMpuNg T_T

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...
hai..hello...konnici wa..nin hou.. (nk pkai base ape ag neh??..huhu)

terasa seperti mahu update blog..tapi xtaw nak conteng2 ape kat sni...
hari ni..hari ke 28 puasa [dan saya masih di UKM]
tengah sibuk study..
MySpace
wahhaa...agak2 ar nk menipu pon..huhu
semo orang ngah mode raya skang...
mau study pon xde mood...
nk hias-hias bilik la sempena nak raya ni kan..
MySpace
yolah!!

Sume orang pon duk tanye asal me lambat sgt blik??wuwu..me pon xpasti la nape leh terdetik nak jadi dak skema blik ikot tarikh yg da UKM tetapkan.. memula dlu me smgt cari tiket nak balik raye...awal2 ag da tanye kt pakcik jual tiket...tp masa tuh pakcik tu cakap. tiket raya x bukak lagi dik tgh2 pose ni baru bukak.. Me pon..ok pakcik t saya datang ag.. Skali, awal2 ramadhan ag me punye kawan cakap tiket blik klate da abes la.. Ek?? Pakcik tipu!!
MySpace
Sehubungan itu (skema giler), me pon terus la gi cop tiket raye kat persatuan anak negeri klantan.. 8hb. Sbb me takut drpd xe tiket lansung baikla me balik nek bas PERDANA. Lagipon me duk fikir, me punye tesis agak2 lame terbengkalai n me pk.. i shud settle this one b4 cuti raya...me mau raye btol2..hheehe..
jadi 8hb pon 8hb la.. Lagipon me punye roomate pon balik 8hb jgk..xde hal la..ade teman..
tapi kusangka panas hingga ke petang..rupanya banjir kilat di tgh2..
roomate aku tetiba balik awal plak..sebab dia da xde kelas n kawan dia tlg cari tiket awal..huhu
tapi xpelah..lagipon dia da xde kelas.. me still de kelas esok [kelas yg kompem2 xlebih 5 org dr 14 sbb sume org da balik but dr. insist on proceed that clas]...ok2..
bubbye pura..selamat hari raya..maaf zahir batin..
sekali beberapa ketika after dia balik..me feel like..MySpace uwaa..me pon nak balik jugak!! bile da duk sesorang ni..huihh.. me da xde mood lansung nak buat tesis [but still kna buat jgk..sbb mau bercuti..nk kna hantar 21hb ni]
Jadi begitulah..8 September 2010 malam barulah me bertolak pulang ke kampung. Xpe..me kena kuatkan semangat..MySpace
at least me masih boleh balik beraya.. hurm..ok2.. back to a better feelings la.

howyeeahh!! nak balik kampung sonoknye... seronok yang pasti x berapa ketika la.. sebab nek cuti ni me ade 6 paper mid term exam... 5 paper in one week..and another one the 2nd week after cuti..huwwaa..mantap hazierah.. mengalami kebanjiran exam..huhu.. sungguh dugaan..

21/9/10 - Bioseramik (9 am), Ujian tanpa musnah (2 pm)
22/9/10- Teknologi salutan (9 am)
23/9/10 - Komposit berasakan agro (9 am)
31/9/10 - fabrikasi peranti Semikonduktor (3 pm)
*polimer adunan x tetap ag [25 or 27/9/10]

huk3..kali ni me beraya bawak balik nota..(tataw ar bukak ke tak..hehe).. cuti start 9hb-20 (lebey kuang 10 hari je kt umah)..huhu..dr balik umah smpai raye ke 3 tu sahla me x sentuh pon ye me punye note2 ni..uhuu
sem ni sungguh penat la..
tapi tetap..me kena semangat..xleh hampakan harapan mak bapak..ngeee~

Sekian corat-coret den..lepaskan tension je sebenarnya..mau sambung tesis..
pas merapu2 kat sni tetiba semangat tu pulih kembali..hehe

Selamat Hari Raya..
eh..ramadhan blom berakhir agi..
Selamat meneruskan puasa ramadhan dan seterusnya salam eid fitri ^_^

p/s: ma..sorry..anakmu x dapat balik awal tuk tolong2 kat umah.. i'm not willing to stay here..but.. huk3..sob3.. =(







Pluralism dalam Iklan promo raya TV3 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni (5 Sept. 2010), tinggal 4 hari lagi Ramadhan hampir meninggalkan pergi. Apakah masih dijemput menjadi tetamu lagi di bulan mulia ni pada ramadhan akan datang?? Ape-ape pon manfaatkan sebaik mungkin Ramadhan yang masih berbaki ni. Semoga bulan Ramadhan ini akan dapat memberikan kita pengajaran yang melekat di dalam hati walaupun sedikit dan semoga ketaatan dan ketekunan melakukan ibadat di dalam bulan ini tidak berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan. Semoga di dalam bulan ini kita menjadi seorang yang taat kepada-Nya juga di bulan-bulan seterusnya dan tidak menjadikan kita taat di bulan Ramadhan tetapi penentang ajaran-Nya di bulan-bulan yang lain.

Berakhirnya Ramadhan syawal pon menjelma la kan..Cite pasal syawal ni kan..tiap-tiap tahun mesti ade iklan-iklan raya yang menarik. Dulu suke tengk iklan yang mak dia suh beli limpa, pedal dsb. Last2 bawak balik lembu sekor..haha..kelakar. Macam-macam iklan promo raya. Dah cam di nanti2 plak iklan raye ni. Tp yang tahun ni punye..hurm..penuh kontrovesi. Memula tengok iklan ni kawan link kt facebook. Nk tengok kt TV,TV xde..Yela..lagi bape hari nak raya pon masih lagi berjuang kt UKM neh..hiihi. Hari ni memang riuh kat wall FB saya. Sume bercerita tentang iklan promo aidilfiri kat TV3.

"Nape pulak?? Ape masalahnye iklan tu...biase je aku tengok".
Biase ke? 1st tengok tu pon da nampak cam pelik je..asal lak iklan ni cam iklan krismas je. Kami nak raya 2x. Da buat iklan cam krismas plak. Ape daa... Bagi saya yang kurang berilmu ni saya nampak camtu jela.. Nampak cam pelik.. Yang saya nampak "hurm..1Malaysia..melampau2 plak 1 Malaysia ni... sampai raya pon nk campur ngan pengaruh agama lain". Ni kan hari kemenangan orang Islam. Ish!! xpatot.geram betol taw!.

OK. Tu yang aku nampak. Sampai situ je. Iklan ni cuba nak selitkan pengaruh agam lain dalam budaya Islam. Yang lain2 tu saya x nampak la ye. Tapi bila taw secara terperinci pasal video melalui komen2 kt FB ngan blog2.. Astaghfirllahalazim~

Dan bagi sesapa yang masih merasakan yang iklan ni biase je, berikut saya sertakan bukti yang saya perolehi dari blog yang saya bace td:

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism



Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.



Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab


Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


PERHATIKAN BETUL-BETUL...ADAKAH INI CUMA SATU KEBETULAN @ SEMEMANGNYA MEMBAWA AGENDA PLURALISM UNTUK MENJATUHKAN AGAMA ISLAM..FIKIRKAN..


Ape kata anda?? Astaghfirlahalazim...tanpa kita sedar..video ni setiap saat dan setiap ape yang dilakonkan penuh dengan mesej yang sangat2 menghina Islam. Bahaya besar menanti kita apabila kegiatan menyamaratakan agama ni terus berleluasa tanpa sekatan pihak berwajib dan yang pasti ancaman akidah menjadi persoalan utama di sini. Dalam iklan ni memberikan gambaran tentang suasana hari raya yang penuh dengan magik dan impian riang ria santa klaus...padahal pada hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI!! Unsur2 krismas ini menunjukkan yang proses krtistianisasi sedang meresap dalam masyarakat Islam Malaysia. Dan dalam tidak sedar , pemikiran kita cuba dipengaruhi agar kita merasakan sambutan aidilfitri adalah sambutan riang ria semata2 dan merupakan hari kebahagiaan tanpa kita menghiraukan faktor holistik dan ketuhanan dalam perayaan ummat Islam. Kesan terbesar ialah terhadap pemikiran kanak2 yang dalam proses nk belajar..kekeliruan boleh berlaku dengan begitu mudah. Stesyen TV sepatotnya lebih peka dan sedar akan hakikat Televisyen merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi pembentukan minda kanak2 dan seharusnya setiap penerbitan tu di tapis mengikut kesesuaian.


“Tetapi iklan ini sangat menampakkan kemiskinan jati diri yang teruk. Kalau naik tikar ajaib Aladdin pun kira boleh tahan lagi. Iklan Aidilfitri paling rendah nilai dalam sejarah TV3″ [Ustaz Hj Hasrizal Abd Jamil, 2010]

Lailatul Qadr

Sudah sering kita dengar istilah Lailatul Qadar, bahkan selalu lekat dalam ingatan. Namun demikian, nyatanya kita tidak akan pernah mengenal hakikat Lailatul Qadar itu sendiri, lantaran masalahnya amat ghaib. Pengetahuan kita terbatas hanya pada apa yang telah ditunjukkan di dalam berbagai nash, baik Al-Qur’an maupun As-Sunnah serta interpretasinya.

Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar dalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam, diikuti oleh malam Nisfu Syaaban. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Namun siapa yang tidak bertemu dengannya, dia tetap mendapat pengampunan daripada Allah asalkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada ruginya sesiapa yang mencari Lailatul Qadar samada dia mendapatnya atau tidak, dia tetap beruntung.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Walaupun ada ulama berpendapat ia bermula selepas waktu Maghrib, namun ada yang berpendapat ia adalah sepertiga akhir malam, kerana selepas waktu inilah suasana sepi malam mula terasa, misalnya sekitar jam 3.30 pagi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Majoriti ulama berpendapat ia berlaku pada bulan Ramadahan, walaupun ada sahabat yang bertemu dengannya di luar Ramadhan. Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatul Qadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Allah akan beri hadiah yang besar kepada mereka yang mencarinya dan ia juga adalah satu hadiah. Allah akan pertemukan mereka yang mencarinya, hargailah malam ini. Sekirnya bertemu dengannya, berdoalah seperti yang diajar oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a. Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang terawih.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

KEAJAIBAN SUJUD

Bismillahirrahmanirrahim

Timbulnya penyakit pada umumnya disebakan karena peredaran darah yang tidak lancar. Pembuluh darah yag menyempit adalah salah satu penyebabnya. Olah raga adalah salah satu jalan untuk meningkatkan kerja jantung yang optimal.

Jantung akan banyak memompa darah dengan kuat sehingga oksigen bisa menyebar keseluruh bagian tubuh. Aliran darah dapat diibaratkan sebagai aliran sungai. Jika sungai tersebut mengalir dengan lancar, maka air itupun akan bersih, bening, tidak kotor dan bau.

Air yang kotor dan bau merupakan tanda-tanda rendahnya kandungan oksigen didalamnya. Ikanpun sulit untuk hidup dengan normal, bahkan lebih banyak menimbulkan kematian. Lain halnya dengan air yang mengalir, banyak kehidupan didalamnya.

Berbagai macam ikan dan hewan lainnya tumbuh dan berkembang dengan baik. Termasuk juga tumbuh-tumbuhan akan hidup dengan menghijau dan subur. Begitulah dengan darah yang mengalir lancar, akan memberikan kehidupan yang baik bagi tubuh manusia. Sel-sel tubuh akan berkembang, dan sel yang mati akan segera dibuang bersamaan dengan mengalirnya darah.

Itulah salah satu manfaat peredaran darah. Tetapi tahukah Anda bahwa ada bagian syaraf yang berada dalam otak ternyata tidak bisa teraliri oleh darah, kecuali orang tersebut dalam keadaan sujud / shalat. Posisi jantung yang letaknya berada di dada tidak cukup kuat memompa darah untuk sampai keseluruh bagian otak.

Otak berada di atas sedangkan jantung berada dibawah. Posisi sujud yang menempatkan kepala berada dibawah dan jantung berada di atas, membuat darah mengalir dengan deras keseluruh bagian otak. Seperti mobil yang bergerak pada jalan yang menurun, akan melaju dengan cepat walaupun tidak digas.

Begitu pula dengan darah. Mengalir cepat dengan membawa oksigen yang dibutuhkan oleh seluruh bagian tubuh manusia. Inilah salah satu manfaat sujud.

Ternyata Allah memerintahkan shalat bukan hanya sekedar beribadah semata, melainkan untuk kemaslahatan hidup manusia itu sendiri. Menurut Prof Hembing, Jantung hanya mampu memompa darah sebanyak 20% kebagian otak, sedangkan 80% lainnaya hanya dapat dilakukan lewat sujud / shalat.

Dengan demikian seharusnya kita bersyukur kepada Allah, telah diperintahkan shalat. Bukan sebaliknya, malah malas-malasan untuk shalat, bahkan sebagian kaum muslimin ada meninggalkannya sama sekali.

Cobalah renungkan seandainya otak tersebut idak mendapat poasokan oksigen, akibatnya akan fatal. Kemampuan otak akan menurun, daya pikir menjadi lemah. Begitu pula daya ingatan menurun drastic dan cepat lupa. Pada akhirnya urat syaraf menjadi rusak dan mati.

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, bahwa ada bagian syaraf yang berada dala otak tidak pernah teraliri oleh darah kecuali saat orang tersebut dalam posisi sujud. Hal ini sejalan dengan hasil penelitian Dr. Fidelma, seorang ahli syaraf dari Amerika yang beragama Kristen.

Dokter tersebut sangat terkagum-kagum terhadap hasil penelitiannya. Aliran darah hanya dapat menyebar keseluruh bagian otak hanya dalam keadaan sujud. Penelitian tersebut akhirnya membuka hatinya untuk mendapat hidayah, yaitu mengakui ketinggian dan kebenaran ajaran Islam. Penlitian tersebut menuntunya masuk Islam.

Inilah salah satu bukti kebesaran dan keagungan Allah melalui ajaran Islam yang mulia. Seluruh ajaran / syariatnya selain dilakukan sebagai bentuk ibadah, juga merupakan berkah dan rahmat untuk kemaslahatan hidup manusia. Shalat yang diperintahkan merupakan anugrah yang amat besar yang harus disyukuri, bukan malah ditolak dengan meninggalkanya.

Shalat menjadikan seseorang menjadi sehat dan segar. Shalat menjadikan otak manusia menjadi luar biasa, cerdas dan kuat. Orang meninggalkan shalat berarti telah merusak pisiknya sendiri.

Orang meninggalkan shalat merarti telah mendzalimi diri sendiri, kerena akan menimbulkan kerusakan yang ditandai dengan munculnya gejala-gejala sperti cepat pusing, sakit kepala, cepat marah dan timbulnya stress. Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang mendirikan shalat dengan sabar dan syukur.

Sumber:

http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

Nilai Prestasi Ramadhan Kita~~

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...kini, umat Islam sudah melepasi fasa pertama bulan ramadhan , Ramadhan bakal tiba ke penghujungnya dan 1 Syawal semakin hampir . Sudah tercapaikah
objektif puasa kita? Untungkah kita di bulan Ramadhan ini? Ataupun adakah kita telah
kerugian?

Mari nilai semula, adakah kita...
Mempunyai hati yang lebih tunduk pada Allah
Objektif sebenar puasa adalah menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa
(Al-Baqarah: 183).

Berjayakan kita?
Menjadi lebih sabar
“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia
mencarut, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka
ucapkanlah: ‘Sesungguhnya ku sedang berpuasa’.” (HR Al-Bukhari)

Jatuh hati dengan Al-Quran
Adakah kita masih malas membaca al-Quran, sedangkan Ramadhan juga
disebut ‘Syahrul Quran’, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran.

Senang dengan solat berjemaah
Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk kita semakin rajin
berjemaah terutamanya di masjid.

Semakin rajinkah kita?

Bermurah hati dalam menghulurkan bantuan
Adakah Ramadhan kali ini menjadikan kita insan pemurah, tidak kedekut dan
rakus pada harta benda (makanan?). Adakah kita takut rugi jika mengeluarkan
banyak infaq dan sedekah kepada mereka yang memerlukan?.

Semakin rancak berukhuwwah
Ketika menyambut kedatangan Ramadan, Rasulullah bersabda: “Barang siapa
menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) pada bulan ini, Allah akan
menghubungkan dia dengan rahmatNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan
pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari dia berjumpa
denganNya...”

Bijak menguruskan waktu
Adakah kita berjaya menghidupkan Ramadhan, ataukah kita lalai, cuma
membuangkan masa dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan dan
berfoya-foya?

Banyak lagi lain-lain aspek yang boleh dinilai.
Berjayakah anda Ramadhan kali ini? Hanya anda yang tahu jawapannya.
Selamat bertanya pada diri sendiri! =)

dipetik dr : arrisalah edisi 35

Ahlan wasahlan ya Ramadhan~~


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al Baqarah:183).

Sungguh sangat beruntung orang-orang beriman yang dapat bertemu dengan bulan Ramadhan, karena mendapat undangan khusus dari Allah untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan tersebut. Tidak semua orang, termasuk orang Islam sendiri, dapat melaksanakan ibadah puasa ramadhan. Mungkin ada saudara kita yang tahun lalu masih bersama-sama kita menunaikan puasa, namun kali ini beliau telah dipanggil Yang Maha Kuasa atau mungkin berhalangan karena mendapat cubaan berupa sakit.

Dan yang menjadi istimewa lagi karena puasa merupakan urusan kita dengan Allah, tidak seperti ibadah lainnya. Seperti keterangan dalam hadits qudsi berikut, “Semua amal perbuatan Bani adam menyangkut dirinya peribadi, kecuali shaum (puasa). Sesungguhnya shaum itu untuk-Ku, dan karena itu Akulah yang langsung membalasnya…dan bagi orang yang berpuasa tersedia dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana bukanya dan gembira ketika kelak menemui Allah karena menerima pahala puasanya”.

Tanpa kita sedari,

11 bulan telah berlalu dan banyak kata yang terucap, namun tak semua menyejukkan,
11 bulan telah berlalu, banyak perilaku yang sudah dibuat, tak semua menyenangkan,
11 bulan telah berlalu, banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi sebahagian dari diri kita...

saatnya istirahat dalam perjalanan dunia
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga Ramadhan kali ini mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan diri kita lebih bertaqwa.

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan (dalam kiraan 2 hari lagi). Dikesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kehilafan sama ada sengaja mahupun tak sengaja.. Dan dipihak saya sendiri, insyaAllah saya sudah mengikhlaskan segalanya. Semoga dapat menjalani ibadah ini dengan lebih baik dan dapat mengambil segala manfaat di bulan barakah ini..amin

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK ^_^