m.a.r.a.h MySpace

Assalamualaikum...
Hari ni nk cakap pasal marah...
Marah? knp dgn marah... lately ak byk terjumpe ngan org yang cepat marah...kt tepi2 jalan..kt mane2 jela...aku kan kuat jalan..mcm2 org blh jumpe..huhuhu
Ia buat aku terfikir...knp manusia sng sgt nk marah??
Marah adalah suatu sifat yang semulajadi, yang wujud dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar.. Tapi, ianya boleh di bendung jika kita sentiasa bergantung harap pada pertolongan Allah..

Bagaimanakah cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah?

Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin

Kesimpulannye...

إنَّ الشيطان يصرعُ العبدَ عند ثلاثٍ : الغضبِ ، والشَّهوةِ ، والغَفْلَةِ

Sesungguhnya syaitan itu mengalahkan manusia dgn tiga hal:
*ketika marah
*ketika memuncaknya syahwat
*ketika lalai

"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

jadi janganlah kite mangalah ngan syaitan laknatullah....
x mo marah2 aaa...
p/s pesanan untuk diri sndri jgk...MySpace

M3P..

M3P...minggu penenalan persatuan pelajar..
20-24 Julai 2009
Aras 2 Pusanika

hurm..sepanjang lbh kurang seminggu ni,..ak duk g ulang alik kat pusanika jage booth PERDANA.
Kt pusanika aras 2 tu, sume persatuan anak2 negeri bukak booth kt situ. PERMATA, PERMADARI, PERMIS, PERMAS, PEMASRA, PERMANIS, PERSADA...byk sgt la plak nk sebut..huhu... Selain persatuan anak negeri, ISIUKM , i-club, PEMADAM, PERKIM pon de kt situ...

Sepanjang seminggu jaga booth PERDANA, ak rase mcm2 yg ak leh tgk..Gelagat student baru. Cam kelakar pon ade...dorang semangat. Biaso la, bru2 mai ni smgt kenegerian ni kuat ag. Lagi2 anak2 klate.. Ak ingt ade dak 1st year tu.. hari 1st bukak booth dia da dftr.. Pastu hari2 dia dtg lawat booth kteorg..dia kte, " saye ni semangak nk tengok perkembangan PERDANA ni..tu sy mai lawat hari2"...huhu...ak x thn dgr ayat dia. klaka. Ni blh naik jd YDP PERDANA pasni...
hohoho..

Pastu antara byk2 booth kt situ booth PERDANA r yg paling meriah...Dgn pasukan dikir baratnye..pastu, dlm mse sminggu ade lbh kurang 300 lbh2..mase batch ak dulu 290. Alhamdulillah...tahun ni bertambah ramai ahli PERDANA..diharapkan bile da join persatuan ni, kteorang dapat mngeratkan lagi hubungan ukhwah antara kami anak2 klate.. bkn kte nk terlalu bersifat kenegerian tapi apela salahnye klau kite sme2 jage kebajikan sesame kite. Bukan ke cmni lbh baik drpd biarkn dorang bergerak x tntu hala...baik kite ajak dorang join kite...same2 kerjasame untuk kebaikan bersame....btol?

Even lam mse sminggu ni rse cm pnt sgt...n bape lame je ak stay kt bilik tp xpe..ak suke sbb blh knl ramai junior baru...yg dr skola ak pon ramai..area p.mas ramai...n blh tgk gelagat dorang...agak2, ak mse 1sy yer dlu pon camtu jgk..huhuh. Papepon, ak try to do everything without pressure even ak rse kpala aku sarat ngan masalh... Sbb ble jumpe dorg, sket2 ak blh lupe mslh2 ak ni..Buat pape lillahi taala..insyaAllah..

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu....

  • Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu....


    Sahabat..

    Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

    Sahabatku yang sangat aku cintai..

    Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

    Sahabat..

    Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


    Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

    Sahabat...


    Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


    Sahabatku yang dikasihi..

    Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

    Sungguh aku bersama mu.


    Tulus,

    Sahabatmu tercinta

probs?? aku da penat...MySpace

hurm...
problems??
ahha..aku pon xtaw nape masuk sem ni byk sgt bende yg membelenggu kepala otak aku...
mslh aku ialah kdg2 aku terlau memikirkan mslh...
sbb tu la mslh ak yg kecik2 jd besar2...
skang aku xnk da buat cmtu...
mslh ditangani dgn senyuman...MySpace
btol??
coming wif nu spirit...
trying to b a better person..
trying not to burden maself wif too much thinking about prob...
a problem is no longer a problem if we not thinking that it is a problem...right??

serius...aku xtaw kenapa aku???

ahha...
knp lately ak selalu jd insan terpilih tuk memikul
tanggungjawab yg aku rase berat sgt...
n aku rase ak xmmpu nk laksanakannye...
tu yg ak pk skang..
ak btol btol btol x taw kenapa aku??
KENAPA AKU??!!MySpace
Ya Allah..
tabahkan hati aku atas segala yg telah berlaku dan apa yg bakal berlaku...
aku tau setiap ape yg berlaku skang ade hikmahnye yg tersembunyi..
n mungkin ak x nmpk ag...
berilah ak petunjukkMu ya Allah...
ak keliru..pening...heran..dan sbgainye la..

pening....pening....

huhu...
memang mslh sme evrytyme bkk sem baru...
mslh jadual x setel2...
kpla otak ak da noneng2 MySpace mikirkan jadual...
tmbh2 blom abez dftr pon da pack gler...
xmsk tutor ngan lab ag...huhuhu
hope bnde2 ni dpt setel cpat..
then ak xyah pening2 ag...
juz get ready 4 more assgment n tutorials..hohoh MySpace