5 Tahap Iman Manusia

1. Iman Taqlid:

Iman ikut-ikut atau iman 'pak turut'. Orang yang beriman Taqlid, pegangan islamnya tidak kuat dan prinsip islamnya tidak kukuh. Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman. Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran /As-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas, Iman Taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.


2. Iman Ilmu:


Iman berdasarkan ilmu. Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah, malaikat-malaikat, rasul-rasul dan nabi-nabi, kitab-kitab, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal. Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman Ilmu, tidak takut akan Allah S.W.T. dan mudah berbuat derhaka kepadanya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.


3. Iman `Ayyan:


Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman `Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran. Hati orang-orang yang beriman `Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyuk dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah S.W.T. apabila disebut nama Allah, gementar hatinya. Semua perintah Allah S.W.T. dipatuhi dengan penuh rela dan kesugguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Orang yang berada di peringkat Iman `Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan iamudah masuk syurga.


4. Iman Haq:


Seseorang yang mencapai Iman Haq, mata hatinya melihat Allah S.W.T. Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah S.W.T., hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah. Terasa takut dan hebat kepada Allah setiap masa. Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyuk dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman Haq digelar Muqarrobin oleh Allah S.W.T., yakni orang yang hampir dengannya.


5. Iman Hakikat:


Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa' Ar-Rasyideen serta wali-wali Allah yang besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah S.W.T. di dalam syurga yang paling tinggi. Hidup mereka setiap masa asyik dengan ibadah. Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam. Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji. Allah S.W.T. akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada. Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat. Hidup dalam syurga yang maha Indah lagi maha Lazat. Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah!


Di manakah tahap keimanan kita? Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqamah. Berbahagialah dengan berita gembira daripada Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran, ayat 139 yang bermaksud:


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."

Balik Kampung


Bismillahirrahmanirraheem
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam penuh kasih dan sayang..hehehe.. Bagaimana dengan iman kita hari ini?? harap berada dalam keadaan baik...semoga iman kita semakin hari semakin bertambah kuat keimanan kita...macam malaikat..hehe. Tapi hakikatnya iman kita sebagai manusia biasa ni memang sentiasa bertambah dan berkurang.Dengan sebab itu, kita tak boleh lari dari memperbaharui iman kita setiap masa dan sentiasa mencari keredhaanNya serta mengembalikan ruh-ruh kita ke dalam kemanisan iman itu. sesungguhnya Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan doa ini:
"Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkkan hati , tetapkanlah hati ini dalam agamaMu"

______________________

Nak balik kampung neh..esok..yippee~~~ seronok sangat. Da dua bulan tak balik. Really miss my hometown..miss my family.. rindu abah+ma+kak long+emi+awu+nasih+ijat+fatin+farhana+me mucuk2 (harith+haziq)
ramainya pamily saya..hehe..ya..i have big family..really luv it..sangat meriah woo~~hehe

Saya bercuti 2 bulan lebih, lame tuh. Apa nak buat eh? Actually, i have a long list of plan. Tp xleh gtaw kat sini...sebelum terlaksana...(takut tak terbuat..huhu). tapi insyaAllah sedaya upaya akan dilaksanakan setakat termampu. nak kena bermujahadah ni. Tapi, apa yang pasti cuti kali bakal terisi dengan perkara berfaedah dan bukan dengan membesarkan body dengan makan,tidur & tv. Oh noo..aktiviti ni akan dikurangkan. insyaAllah. Mujahadah tu penting, kalau tak kuat sah plan yang da rancang ni tak terlaksana.

Selalu kawan-kawan kat ukm ni cakap, balik kampung jaga iman sebab selalunya bila balik kampung iman kita akan cepat berkurang bila tak dijaga. mana tak nya, banyak godaan. Dengan TV yang macam2 cite.Then, xde kawan yang slalu nasihatkan kita. Pastu da xde jadual kuliah tetap. Banyak masa kosong. Kelapangan masa boleh membunuh. jadi, cubalah isi masa yang terluang tu dengan perkara berfaedah.

Dan plan saya...jeng2..(tadi kate xnak cakap)..huhu.. plan biase2 boleh gitaw. Saya nak abeskan baca buku Quranic Law of Attraction..da lame beli, x berkesempatan nak baca.hehe. Masa mula2 beli dulu excited post kat facebook "is now reading quranic law of attarction". Alih2 bace kata2 pengantar je nagn pendahuluan je..haha.. Berazam tuk abiskan buku tu..MESTI2.. da abes bace ti saya post ape yg paham dari buku tu.

OK. x sampai beberapa jam lagi saya da nak blik umah

__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__

flight kul 11..insyAllah kul 12 lebih smpai umah. Doakan saya selamat sampai dan dimudahkan urusan. Doakan saya semoga terpelihara daripada perkara2 yang boleh menurunkan tahap keimanan. Doakn semoga saya dapat melakukan sesuatu..x banyak , sikit pon jadi la..sumbangan terhadap agama saya. Itu harapan saya tuk cuti kali ni. (。◕‿◕。)

And then, lastly..(ade lag..)... Buat kawan2 kat yg len..Selamat bercuti... Me gonna miss u'oll.. Atikah Shariff, armiza aris, hatika kaco, adnin, alia athila, nasihah rashiqah dan lain2..x tersebut..hehe...

[̲̅I̲̅] [̲̅L̲̅][̲̅o̲̅][̲̅v̲̅][̲̅e̲̅] [̲̅U̲̅]


wink2~

MySpace

nak post..tp...


skang ngah exam...
lagi satu paper...
wuwuwu...
lamenya rase..

MySpace

miss me hometown so much...

sabar2..
byk nk post..
tp tnggu dulu..
hehe

study come first now

MySpace

tapi..
tu pon klau sempat..
kat umah xde internet..
so klau sempat saye post..hehe

Kami telah beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kadang-kadang segelintir manusia mengaku kewujudan yg Esa,namun perilaku diri tidak menggambarkan KETAATAN padaNya.Semua manusia diciptakan oleh al Khaliq sebagai makhluk yang akan memeriahkan bumi ini dengan TAAT.Namun kadang kala tatkala dugaan itu hadir menguji,tanpa disedari kuatnya ikatan TAAT itu semakin kendur,bagai hilang punca,hilang arah.

Sebuah Perkongsian: Sabar itu Manis~~

SABAR ITU ‘MANIS’.

Sabar itu sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat disentuhi oleh tangan, tidak boleh dirasai dengan lidah dan tidak mampu dilihat dengan mata. Sabar itu juga dikatakan sesuatu yang indah bagi mereka yang menghayati kesannya. Ia juga disebut sesuatu yang manis bagi mereka yang dapat ‘merasainya’. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak mempunyai sifat sabar dalam diri mereka sebaliknya berbahagianya golongan bersabar kerana sifat sabar itu begitu indah apabila Allah mencukupkan ganjaran pahala yang tidak terhingga bagi mereka yang bersabar.


Allah berfirman dalam surah al-zumar 39:10;

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Mesti bersabar

Hendaklah manusia itu memupuk sifat sabar di dalam diri. Setiap ketika kita akan berhadapan dengan ujian, segala macam cubaan, pelbagai bentuk musibah. Maka bersabarlah.


Bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabarlah ketika anda sedang berhadapan dengan Allah ketika ibadah solat, cukupkan syarat dan rukunnya, berusahalah supaya dapat merasai manisnya solat ketika anda sabar menyudahinya.

Begitu juga bersabar dalam menjauhi maksiat kepada Allah, bermujahadahlah menahan diri ketika timbul keinginan ingin melakukan perkara yang dilarangNya. Bersabarlah ketika anda melihat sahabat anda gembira berdua-duaan dengan pasangan yang bukan muhrim sambil bergurau senda, usik mengusik tanpa merasa berdosa sedikitpun kepada Allah, Usah khuatir, bersabarlah kerana anda juga akan melalui saat itu. Yakinilah apabila sampai satu ketika anda juga akan sepertinya bergurau senda bersama pasangan yang halal bagi anda. Sesungguhnya dihujung kesabaran itu ada nikmat kemanisannya.

Dan bersabar juga dalam menghadapi musibah, ujian, dugaan, dan cubaan dari Allah. Datangnya ujian itu untuk mematangkan kita, untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini ada pasang surutnya, ada pahit manisnya, ada sedih dan gembiranya, ada pilu dan bahagianya. Jadikan sabar dalam menghadapi semua musibah ini sebagai tanda kasih sayang dan cintanya Allah kepada kita. Maka bersabarlah dalam apa jua bentuk keadaan yang diberikan Allah kepada kita hambaNya.

Salah satu nasihat Lukman kepada anaknya yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikutan yang bermanfaat adalah juga tentang sifat sabar.

Allah berfirman dalam surah lukman 31: 17 ;

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Setiap manusia itu tetap akan diuji oleh Allah. Ujian yang pelbagai dalam bentuk yang berbeza. Gembiralah mereka yang dapat menahan ujian dan mampu menghadapinya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang tidak mampu, malah mengeluh bahkan sampai menyalahkan takdir.

Persoalan ‘kenapa mesti aku! kenapa mesti aku!’ selalu bermain dibibir mereka yang lemah keimanan dalam menerima ujian. Hindarilah dan jauhilah dari bersifat lemah. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian,

Allah berfirman dalam surah al-baqarah 2:286 yang bermaksud;

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Justeru itu yakinilah bahawa Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang kepada kita hambaNya. Dia tidak sama sekali akan menguji hambaNya terhadap sesuatu yang begitu menyeksa diri dan menyakiti kita. Jadi kenapa mesti kita masih menyalahkanNya! Malah kita perlu menerimanya dan menghadapinya dengan bijaksana. Allah juga begitu mencintai kita sehinggakan Dia telah membuka jalan dan ruang dengan menunjuki kita cara untuk mengatasi musibah atau ujian yang mendatang ini dengan sesuatu yang ‘manis’.


Bagaimana dengan sembahyang ?

Pasti kita hamba yang lemah ini, tertanya-tanya adakah dengan bersembahyang boleh mengatasi ujian yang Allah bagi? Ya, sudah tentu!

Sembahyang yang merupakan perintah khas dan khusus yang diwahyukan Allah kepada Rasullullah SAW tanpa perantaran Jibril ketika peristiwa isra’ dan mi’raj merupakan ibadah yang sangat penting serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cukupkan syarat, sempurnakan rukun-rukunnya, penuhi jiwa dengan kemanisan solat itu, maka anda akan merasa ‘sesuatu’ dengan sembahyang anda. Sesungguhnya dengan mengekalkan ibadah sembahyang ini, ianya dapat memberikan tenaga tambahan kepada kita bagi menghadapi cubaan dan ujian Allah ini. Percaya lah!

Firman Allah dalam surah al-baqarah 2:153;
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Akhirnya... anda, saya, dan sahabat-sahabat sekalian pasti akan merasai manisnya sifat sabar itu, indahnya kehidupan jika diiringi dengan redha Allah. Allah redha dengan hamba yang berusaha melaksanakan perintahnya menjauhi laranganNya. Perintah Allah agar hambaNya mempunyai sifat sabar, maka berusahalah menanam dan memupuk sifat tersebut. Ajaklah dan serulah sahabat-sahabat agar sama-sama berusaha. Dengan izin Allah kita semua akan memperolehinya. Berbahagialah duhai diri yang mendapat Redha Ilahi.

http://emo.huhiho.com insafnye saye..huk3..byk2kn bersabar ats setiap ujian yg mnimpa...x semestinya yg buruk tu x baik..dan x semestinya yang baik tu sememangnya baik untuk kite..

Doa2 di Musim Peperiksaan ^_^

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


Alhamdulillah

I asked for Strength…

And God gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom…

And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity…

And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage…

And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love…

And God gave me troubled people to help.

I asked for Favors…

and God gave me Opportunities.

I got nothing I wanted…

But I received everything I needed.

Allah really luves me... thank U Allah for everything~~

Jika saja saya mampu menyeka air mata itu: Saya dan mereka~


1

Apabila seseorang di dalam tekanan, perkara yang kecil juga pasti sangat mengganggu. Dan apabila yang kecil-kecil itu bergabung di dalam satu keadaan, maka ia pasti sangat besar dan membebankan. Disaat ini, manusia biasanya cenderung bertindak di dalam mood atau emosi yang tidak terjangka. Bagi yang kuat memahami bahawa ini semua tidak lebih dari suatu ujian dan bakal di timbang kelak atas kesabaran mereka, maka mereka akan lebih kuat menghadapi hari-hari dengan bersabar.

2

Saya memahami, bahawa setiap manusia menghadapi pelbagai tekanan, begitu juga saya, tekanan pelajaran yang kini berada dipenghujungnya. Saat ini, jika pun saya mendapat hanya sepatah perkataan positif dari supervisor, pasti saya merasa amat-amat bersemangat dan lega. Dan walaupun kami diberikan hanya satu negative feedback, lalu itu juga amat mudah membuatkan kami down atau kurang bersemangat. Namun, lebih memberat, disebalik tekanan pelajaran, setiap seorang juga punya masalah personal sendiri, samada yang melibatkan keluarga, sahabat, mahupun sesuatu yang bukan berkenaan diri sendiri namun kesannya sehingga ke dalam diri sendiri.

3

Saya memahami dari sembang bicara kami, bahawa, kami seringkali menangis sendirian, dan terkadang air mata itu sendiri tidak mampu menolak ‘ujian’ itu jauh dari hati. Hendak diluah tiada bahasa, hendak berbicara tiada suara. Dan bak kata seorang sahabat saya; ‘Di telan mati emak, diluah mati ayah’. Na’uzubillahi min zalik. ALLAH…

Saya memahami bahawa, kehidupan ini suatu perjalanan yang penuh ujian, kesakitan, dan tidak kurang juga kegembiraan dan peluang terbaik untuk kita mencari redha ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Namun, saya juga merasakan bahawa, ada suatu ketika manusia itu terkadang lemah tak berdaya, perlunya pembimbing dalam mengharungi badai dan dalam menyelami lautan manfaat di sebalik gelora dan ombak.

4

Saya mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah, ataupun bersama menggendong tekanan, tetapi saya berharap saya mampu menjadi pendengar, sama menangis, mengesat air mata mereka, sahabat-sahabat yang sangat saya sayangi.

Kawan, kita mungkin berbeza cara, namun fitrah kita sama, amanah kita sama, dan saya juga lemah seperti kalian. Saya juga punya masalah seperti kalian, dan mungkin saya juga memerlukan kalian lebih dari kalian memerlukan saya yang terlalu banyak kelemahan ini. Tetapi kawan, jika kalian izinkan saya bersama, izinkan saya titipkan sesuatu, walau mungkin tidak bisa meringankan tekanan.

Kawan, saya sentiasa mahu memasakkan dalam hati, bahawa ujian ini tidak lebih seperti desiran angin yang meniup debu yang memedihkan mata, namun ia mampu pulih di dalam sela masa yang singkat, setelah ada yang meniupkan kelopak mata, mahupun sendirian mengerdip mata. Saya tiada bahasa indah, hati saya juga mungkin tidak bisa memahami, tetapi saya tahu kita ada ALLAH yang sentiasa mengiringi

PENYAKIT-PENYAKIT HATI


Hati yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, Kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya; Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (al-Ra’d:28)

Sabda Rasulullah saw;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sebaliknya orang yang hatinya sakit, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stres dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.

Penyakit hati ialah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati rohani manusia. Kita mesti bermujahadah untuk melawan sifat-sifat mazmumah, (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit dalam hati Rohani boleh dibahagikan kepada dua bahagian;

  • Penyakit hati terhadap Allah.
  • Penyakit hati terhadap manusia.

Antara penyakit hati terhadap Allah

1. Lalai dalam beribadah

2. Lalai dari mengingati Allah

3. Ragu-ragu terhadap dengan Allah

4. Tidak ikhlas dengan Allah

5. Tidak takut pada ancaman Allah

6. Tidak harap pada rahmat Allah

7. Tidak redha akan takdir Allah

8. Tidak puas dengan pemberian Allah

9. Tidak sabar atas ujian Allah

10.Tidak syukur atas nikmat Allah

11.Tidak terasa diawasi Allah

12.Tidak terasa hebatnya Allah

13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah

14.Tidak tawakal pada Allah

15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka

16.Cintakan dunia.

17.Penakut (takut pada selain Allah)

18.Ujub

19.Riak

20.Sukakan pujian dan kemasyhuran

Antara penyakit hati terhadap manusia

1. Benci membenci

2. Gembira atas kesusahan orang lain.

3. Dukacita atas kejayaan orang lain.

4. Harap keburukan terhadap orang lain.

5. Tidak mau minta maaf dan tidak memaafkan orang lain

6. Hasad dengki

7. Dendam

8. Bakhil

9. Buruk sangka

10.Tidak bertolak ansur

11.Tidak bertimbang rasa

12.Rasa Berat Tulang,Tidak tolong-menolong

13.Tamak

14.Degil dan keras hati

15.Mementingkan diri sendiri

16.Sombong

17.Tidak sabar dengan ragam manusia

18.Memandang hina kepada seseorang

19.Riak

20.Ujub

21.Rasa diri bersih dan suci.


http://usrahrasahati.com/