m.a.r.a.h MySpace

Assalamualaikum...
Hari ni nk cakap pasal marah...
Marah? knp dgn marah... lately ak byk terjumpe ngan org yang cepat marah...kt tepi2 jalan..kt mane2 jela...aku kan kuat jalan..mcm2 org blh jumpe..huhuhu
Ia buat aku terfikir...knp manusia sng sgt nk marah??
Marah adalah suatu sifat yang semulajadi, yang wujud dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar.. Tapi, ianya boleh di bendung jika kita sentiasa bergantung harap pada pertolongan Allah..

Bagaimanakah cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah?

Jawab:
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin

Kesimpulannye...

إنَّ الشيطان يصرعُ العبدَ عند ثلاثٍ : الغضبِ ، والشَّهوةِ ، والغَفْلَةِ

Sesungguhnya syaitan itu mengalahkan manusia dgn tiga hal:
*ketika marah
*ketika memuncaknya syahwat
*ketika lalai

"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

jadi janganlah kite mangalah ngan syaitan laknatullah....
x mo marah2 aaa...
p/s pesanan untuk diri sndri jgk...MySpace

No comments: