CINTA YANG HAKIKI ^_^
Salam Eid Al-Mubarak ^_^
Sahabat ...
Ramadhan kan berlalu
Kemenangan kan menunggu...
Dalam kerendahan hati ada ketinggian BUDI
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan JIWA
Dalam kesempitan hidup ada keluasan ILMU
Dalam kekotoran nafsu ada kesucian TAQWA
Hidup ini INDAH jika segalanya kerana ALLAH dan bersama ALLAH
Jagalah keINDAHan ini agar tidak turut berlalu
Sahabat....
Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.
Jika HATI telah SUCI, jangan dikotori dengan DOSA
Jika HATI telah BERTAQWA, jangan biarkan dia DURHAKA
Sungguh LUCU dan BODOH…
Telah sebulan mensucikan BAJU TAQWA..
Tapi kemudian mengotorinya dengan SENGAJA...
Hanya Kerana Bulan Ramadhan telah TIADA
Apakah kita HAMBA Ramadhan ?
Atau apakah kita HAMBA Tuhannya Ramadhan ?
Ramadhan t’lah BERLALU
Tetapi Allah akan ADA SELALU
Ingatlah ...!!!
Bila hari ini SAMA dengan kemarin, dialah orang yang MERUGI
Bila hari ini LEBIH BURUK daripada kemarin, dialah orang yang TERLAKNAT
Bila hari ini LEBIH BAIK daripada kemarin, dialah orang yang BERUNTUNG
Sahabat …
Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika tak bisa bersua muka....
Bila Ada kata dan tulisan membekas luka.
Di hari yang Fitri ini...
Maafkanlah khilaf dan alpa
Semoga pintu maaf selalu terbuka
SELAMAT HARI RAYA “IDUL FITRI” 1431 H
“Taqabbalallaahu minnaa wa minkum”
Semoga Allah subhanahu w ata’ala menerima (ibadah Ramadhan) kita semua.
TinG toNg~ Mode: Mau baLik kaMpuNg T_T
Pluralism dalam Iklan promo raya TV3 2010
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab
Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).
PERHATIKAN BETUL-BETUL...ADAKAH INI CUMA SATU KEBETULAN @ SEMEMANGNYA MEMBAWA AGENDA PLURALISM UNTUK MENJATUHKAN AGAMA ISLAM..FIKIRKAN..
Ape kata anda?? Astaghfirlahalazim...tanpa kita sedar..video ni setiap saat dan setiap ape yang dilakonkan penuh dengan mesej yang sangat2 menghina Islam. Bahaya besar menanti kita apabila kegiatan menyamaratakan agama ni terus berleluasa tanpa sekatan pihak berwajib dan yang pasti ancaman akidah menjadi persoalan utama di sini. Dalam iklan ni memberikan gambaran tentang suasana hari raya yang penuh dengan magik dan impian riang ria santa klaus...padahal pada hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI!! Unsur2 krismas ini menunjukkan yang proses krtistianisasi sedang meresap dalam masyarakat Islam Malaysia. Dan dalam tidak sedar , pemikiran kita cuba dipengaruhi agar kita merasakan sambutan aidilfitri adalah sambutan riang ria semata2 dan merupakan hari kebahagiaan tanpa kita menghiraukan faktor holistik dan ketuhanan dalam perayaan ummat Islam. Kesan terbesar ialah terhadap pemikiran kanak2 yang dalam proses nk belajar..kekeliruan boleh berlaku dengan begitu mudah. Stesyen TV sepatotnya lebih peka dan sedar akan hakikat Televisyen merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi pembentukan minda kanak2 dan seharusnya setiap penerbitan tu di tapis mengikut kesesuaian.
Lailatul Qadr
Sudah sering kita dengar istilah Lailatul Qadar, bahkan selalu lekat dalam ingatan. Namun demikian, nyatanya kita tidak akan pernah mengenal hakikat Lailatul Qadar itu sendiri, lantaran masalahnya amat ghaib. Pengetahuan kita terbatas hanya pada apa yang telah ditunjukkan di dalam berbagai nash, baik Al-Qur’an maupun As-Sunnah serta interpretasinya.
Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar dalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam, diikuti oleh malam Nisfu Syaaban. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Namun siapa yang tidak bertemu dengannya, dia tetap mendapat pengampunan daripada Allah asalkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada ruginya sesiapa yang mencari Lailatul Qadar samada dia mendapatnya atau tidak, dia tetap beruntung.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Walaupun ada ulama berpendapat ia bermula selepas waktu Maghrib, namun ada yang berpendapat ia adalah sepertiga akhir malam, kerana selepas waktu inilah suasana sepi malam mula terasa, misalnya sekitar jam 3.30 pagi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Majoriti ulama berpendapat ia berlaku pada bulan Ramadahan, walaupun ada sahabat yang bertemu dengannya di luar Ramadhan. Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatul Qadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Allah akan beri hadiah yang besar kepada mereka yang mencarinya dan ia juga adalah satu hadiah. Allah akan pertemukan mereka yang mencarinya, hargailah malam ini. Sekirnya bertemu dengannya, berdoalah seperti yang diajar oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a. Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang terawih.
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)