....Insomnia @ al araq.....

Assalamualaikum...
insomnia?? Akhir2 ni aku slalu x leh tidow malam?? Mengapakah?? Penat sudah aku guling2 tp x jgk mate aku ni nk lena...urh...penat sgt2... x sht la cmni... mlm x tidow, siang tidow plak...huhu..
abes tergendala keje2 aku..
ish3..smpi bile ni..da 5 hr kot ak xleh tidow...tp mlm ni plg terok..xleh tidow langsung smpi skang(waktu sahur)..tp ade hikmah kot..huhu..skurang2nye xde la aku terlepas sahur hari ni..

Sini ade sdkt(agk pnjg sbnrnye..) info tentang insomnia...

RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.

Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:

a. Tahap I - Rasa mengantuk

b. Tahap II - Tidur-tidur ayam

c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)

Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.

Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.

Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.

Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.

``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Sumber Dari: www.utusan.com.my

Antara mereka yang menderita penyakit ini ter­masuklah pahlawan Islam yang terkenal kerana kegagahan dan keberanian iaitu Khalid Al -Walid.
Di hadapan Rasulullah, Khalid mengadu akan masalah penyakit yang dideritainya setiap malam dan Rasulullah berkata kepada belian
"Kamu sudah terkena al-araq iaitu penyakit yang merujuk kepada kesukaran untuk mendapatkan tidur sedangkan jasad kamu memerlukannya.'
Rasulullah turut memberikan panduan mengenai kedah rnerawat penyakit tersebut dengan mengajar kepada Khalid doa dalam bahasa arab (doa ini merupakan hadis sahih yang maksudnya
"Ya Allah. Tuhan segala langit dan bumi dan apa yang dilindungi diantara kedua Tuanya. Tuhan segala bumi. Tuhan segala syaitan dengan apa yang mereka lakukan kesesatan. Ya Allah jadikan kepada saya jiran yang baik yang boleh menenangkan saya. Walaupun jiran itu daripada kalangan makhluk makhluk-Mu yang jahat namun hamba-Mu agar janganlah mereka merosakan saya dan menggagu ketenteraman saya dan jangan pula mereka menganiaya saya. Sesungguhnya Kamulah Ya Allah, sebaik baik pengawal dan puji pujian ter­hadapMu amat agung dan tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, Ya Allah. Ya Allah, kini segala bintang-bintang di langit mulai hilang gemerlapannya, semua makhluk-makhluk telah hening-bening tertidur sedangkan Kamu Ya Allah hidup selama-lamanya tanpa pernah mengantuk terkena pada-Mu, jauh sekali daripada tertidur Oleh itu Ya Allah, yang hidup dan kekal selama-­lamanya tenangkan malam-malam yang saya lalui ini dan lenakanlah dua mata saya ini."
Setelah doa itu dihafal dan dilafazkan sebelum tidur maka terlenalah Khalid dan semenjak hari itu pahlawan terkenal itu kembali menikmati tidurnya.
Para sahabat lain yang mengetahui cerita ln kemudiannya turut menghafal doa ini dan sekali gas ramai di antara mereka yang sebelum ini turut menderita al-araq akhirnya sembuh.

No comments: