Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohontamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadukesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semaluitu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorangwanita muslim.
KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat danmencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senjamenjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabilawaktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment