Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...kini, umat Islam sudah melepasi fasa pertama bulan ramadhan , Ramadhan bakal tiba ke penghujungnya dan 1 Syawal semakin hampir . Sudah tercapaikah
objektif puasa kita? Untungkah kita di bulan Ramadhan ini? Ataupun adakah kita telah
kerugian?
Mari nilai semula, adakah kita...
Mempunyai hati yang lebih tunduk pada Allah
Objektif sebenar puasa adalah menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa
(Al-Baqarah: 183).
Berjayakan kita?
Menjadi lebih sabar
“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia
mencarut, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka
ucapkanlah: ‘Sesungguhnya ku sedang berpuasa’.” (HR Al-Bukhari)
Jatuh hati dengan Al-Quran
Adakah kita masih malas membaca al-Quran, sedangkan Ramadhan juga
disebut ‘Syahrul Quran’, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran.
Senang dengan solat berjemaah
Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk kita semakin rajin
berjemaah terutamanya di masjid.
Semakin rajinkah kita?
Bermurah hati dalam menghulurkan bantuan
Adakah Ramadhan kali ini menjadikan kita insan pemurah, tidak kedekut dan
rakus pada harta benda (makanan?). Adakah kita takut rugi jika mengeluarkan
banyak infaq dan sedekah kepada mereka yang memerlukan?.
Semakin rancak berukhuwwah
Ketika menyambut kedatangan Ramadan, Rasulullah bersabda: “Barang siapa
menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) pada bulan ini, Allah akan
menghubungkan dia dengan rahmatNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan
pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari dia berjumpa
denganNya...”
Bijak menguruskan waktu
Adakah kita berjaya menghidupkan Ramadhan, ataukah kita lalai, cuma
membuangkan masa dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan dan
berfoya-foya?
Banyak lagi lain-lain aspek yang boleh dinilai.
Berjayakah anda Ramadhan kali ini? Hanya anda yang tahu jawapannya.
Selamat bertanya pada diri sendiri! =)
dipetik dr : arrisalah edisi 35
No comments:
Post a Comment