bila diri disayangi

Assalamualaikum pembuka bicara
Bissmillahirahmaniraheem

Tau lagu Ukay's tak?Lagu yang bertajuk BILA DIRI DISAYANGI.hoho...saye jiwang sangat...tp salah ke?? xpe kan?? Asalkan tak lebih-lebih. Sesungguhnya Allah benci dengan orang yang melebih-lebih. Agak-agaknya lagu ini berkisahkan tentang apa ya?hurmm. Memula dengar lagu ni dulu, saya fikir lagu ni ditujukan buat makhluk bernama manusia..huhu..cam menyampah la jgk..hehe. Bila dengar balik lagu ni betul-betul.Ada tak korang perasan yang lagu ini banyak maknanya.
Setiap lirik penuh makna yang sangat mendalam. Dulu2 dengar lagu ni sekadar dengar...dengar tanpa berfikir..sebab tgk group dorang bukan group nasyid then anggap lagu dorang camtu..huhu..sorry2 ukay's.. tapi skang group2 nasyid pon jiwang lebih..lagha lagi ade la..pilih2 la ye mana yang baik..hiburan mendidik jiwa orang kata.. MySpace

cuba tengok lirik lagu ni..

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir...

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
Terasa diriku..Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri.....

Mungkin ramai yang dah pernah dengar lagu ini atau mungkin ini adalah salah satu lagu kegemaran anda.Tapi cuba perhatikan betul-betul setiap liriknya.
Lagu ini seperti kehidupan kita semua yang beragama Islam.

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Kita tidak boleh jemu menyebut nama Allah.Allah yang Menciptakan manusia,Yang Mencipta bumi,Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Manakan kita boleh jemu menyebut namaNya. Jikalau kita boleh menyebut nama pasangan kita hampir tiap-tiap hari. Kenapa untuk menyebut Allah sangat sukar? Jangan jemu menyebut nama Allah. Sesungguhnya Allah sangat sayang terhadap hambaNya.

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Satu kita perlu ingat,walau sebesar mana pun kita,walau sekaya mana pun kita. Kita perlu tahu yang kita adalah sama disisi Allah. Insan yang kerdil disisi Allah. Pernahkah kita terfikir bahawa doa itu boleh mengubah takdir seseorang.Jika seseorang berdoa dengan ikhlasnya,tawaduk,bersungguh-sungguh. Allah makbulkan doanya. Allah itukan Maha Mendengar. MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Percayalah yang Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.Allah itu Maha Penyayang.Adakah kamu sebagai hamba Allah apabila keliru menyebut nama Allah?Tidakkah anda perasan yang Allah sentiasa membantu kamu.Bila terkeliru nak buat pilihan mana satu,yang mana terbaik buat kita. Kita solat istikharah. Memohon-mohon,meminta-minta,merayu-rayu dan menyebut-nyebut nama Allah swt. Dan Allah membantu kita.Gerakkan hati kita mana yang terbaik.Sesungguhnya apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik buat kamu.Lagi sekali,MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Allah swt lah yang pertama. Jika kita dalam kebuntuan mahupun kesusahan Allah swt sentiasa bersama kita.Sebagai seorang hamba,kita sentiasa diuji Allah. Ingat,Allah memberi ujian @ musibah terhadap seseorang kerana hendak menambah iman atau menguji iman seseorang.Kita hendaklah redha menerima ujian itu walau seberat mana pun. Allah tidak menguji seseorang itu diluar kemampuan hambaNya. Kita perlu berusaha dan dekatkan diri kepada Allah.Akhir sekali berserahlah diri kamu kepada Allah swt yang menciptakanmu. Dan sekali lagi,MasyaAllah sayangnya Allah kepada kita.

Harap sedikit perkongsian ini dapat membantu korang semua. Semoga bermanfaat dan semoga diredhai Allah swt. Sedarlah wahai manusia yang Allah sangat sayang pada hambaNya.Syukran kerana sudi meluangkan masa walau sedikit untuk renungan kita bersama.Nasihat ini juga untuk mengingatkan diriku yang sering alpa.

No comments: